JoM LiHaT

FrEnZz...

Aku dan Pengorbanan Ku....


Genap 9 bulan sudah masuk bulan ini...

Dari beginner hingga kepada advance user...

Genap 9 bulan tanpa rokok analog...

#NineMonthFreeCigarettes #VapeForLife

Apa Difikiran & Difikirkan Ku....



Sejak kebelakangan ini.

Aku banyak dan selalu berfikir.

Macam-macam aku fikirkan.

Kadang-kadang benda yang aku fikirkan tu tak masuk dek akal.

Kadang-kadang tu juga benda yang difikirkan yang tak logik boleh jadi logik.

Sampai satu tahap, bermain-main difikiran. Berlegar-legar diruang minda. Berduyun-duyun keluar masuk melalui synapse membrane otak.

Sehinggakan bercelaru cerebrum dan cerebellum dibuatnya. Memproses data-data persoalan yang difikirkan oleh aku.

Hingga hari ini, masih lagi otak, minda, dan akal fikiran ku menginterpretasi data-data persoalan tersebut sedangkan persoalannya satu sahaja yang dibuat.

Aku tidak tahu bagaimana aku ingin merungkai, membongkar, serta mengupas persoalan tersebut.

Tidak dapat diungkap dengan kata-kata malah ditayangkan di paparan skrin.

Bagi mereka yang tidak tahu, bodoh tahap abadi, serta bebal tahap dewa memang senang akan berkata.

"Cakap sajalah. Bukan susah pun.", "Cuba share kan kat kita orang. Mana tahu kita orang boleh tolong", "Just tell me. I'm a good listener you know.", dan lain-lain lagi ayat yang meminta untuk simpati.

Cakap pakai mulut memang senang. Kalau dah tercoret dan terpalit kat muka sendiri. Memang sampai melutut jilat tapak kaki gamaknya. Sedih....

Baiklah. Kembali semula kepada isi sebenar nurkilan ini.

Yang menjadi persoalannya sekarang ini, apakah persoalan tersebut sehinggakan kini masih lagi tiada terkemukanya jawapan.

Persoalaannya,

"Adakah cara, perbuatan dan perilaku aku lakukan sekarang ini adalah betul?"

LiHaT La LaGi...