JoM LiHaT

FrEnZz...

Happy Holidays To All.....


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua rakan, sahabat, teman, dan semua para pembaca.

Baiklah. yang pertama sekali kawan(Editor) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya terutama sekali sahabat yang berbangsa Cina. Semoga Tahun Baru ini lebih bermanfaat dari tahun lepas. Selamat bercuti bersama keluarga (sekiranya pulang ke kampung halaman baik yang menyambut atau tidak). Berhati-hati masa cuti, pandu dengan cermat dan jagalah diri.

Yang kedua adalah kepada sahabat yang tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Selamat bercuti terutamanya yang tinggal di hostel(asrama) ataupun rumah sewa masing-masing. Jaga diri baik-baik masa cuti ini. Nak pergi makan angin, pergilah. Itu kehendak sendiri tapi sentiasa berjaga-jaga kerana apa-apa boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Tidak lupa juga kepada yang bekerja. Selamat bercuti kepada semua pekerja tak kiralah penjawat awam mahupun swasta. Rehatkan minda masing-masing dari kerja-kerja yang membebankan. Janganlah terlalu taksub dengan kerja hingga membebankan diri sendiri.

Baiklah sampai di sini saja nurkilan kawan. Semoga di rahmati selalu.

Sekian terima kasih....


Percaya Pada Luka.....



Benarkah pencarian mimpi ini...
Hanyalah dongengan cinta dalam pertaruhan...
Haruskah pertemuan jiwa ini...
Berakhir bersama air mata...

Kesepian menemani jiwa di saat ku terluka...
Bisakah aku mengenal cinta...

Aku percaya pada takdir cinta kita...
Yang telah terukir di dasar jiwaku...
Yang merindu dirimu...
Namun ku bertanya padanya...
Haruskah ku percaya pada luka...
Sebagai tanda kesetiaan cinta...
Kasih kita...

Sempurnakah lukisan cinta ini...
Tanpa corak warna kasih lakaran suciku...
Apakah coretan rintihan malam...
Hanyalah mainan cintamu...

LiHaT La LaGi...