JoM LiHaT

FrEnZz...

Apa Difikiran & Difikirkan Ku....



Sejak kebelakangan ini.

Aku banyak dan selalu berfikir.

Macam-macam aku fikirkan.

Kadang-kadang benda yang aku fikirkan tu tak masuk dek akal.

Kadang-kadang tu juga benda yang difikirkan yang tak logik boleh jadi logik.

Sampai satu tahap, bermain-main difikiran. Berlegar-legar diruang minda. Berduyun-duyun keluar masuk melalui synapse membrane otak.

Sehinggakan bercelaru cerebrum dan cerebellum dibuatnya. Memproses data-data persoalan yang difikirkan oleh aku.

Hingga hari ini, masih lagi otak, minda, dan akal fikiran ku menginterpretasi data-data persoalan tersebut sedangkan persoalannya satu sahaja yang dibuat.

Aku tidak tahu bagaimana aku ingin merungkai, membongkar, serta mengupas persoalan tersebut.

Tidak dapat diungkap dengan kata-kata malah ditayangkan di paparan skrin.

Bagi mereka yang tidak tahu, bodoh tahap abadi, serta bebal tahap dewa memang senang akan berkata.

"Cakap sajalah. Bukan susah pun.", "Cuba share kan kat kita orang. Mana tahu kita orang boleh tolong", "Just tell me. I'm a good listener you know.", dan lain-lain lagi ayat yang meminta untuk simpati.

Cakap pakai mulut memang senang. Kalau dah tercoret dan terpalit kat muka sendiri. Memang sampai melutut jilat tapak kaki gamaknya. Sedih....

Baiklah. Kembali semula kepada isi sebenar nurkilan ini.

Yang menjadi persoalannya sekarang ini, apakah persoalan tersebut sehinggakan kini masih lagi tiada terkemukanya jawapan.

Persoalaannya,

"Adakah cara, perbuatan dan perilaku aku lakukan sekarang ini adalah betul?"

Perubahan Mengubah Segalanya.....



Perubahan...
Perubahan di mana-mana...
Sedar atau tidak sedar...
Ia berlaku sekelip mata sahaja...

Perubahan angin dari Barat ke Timur, Timur ke Barat, Utara ke Selatan, Selatan ke Utara...
Perubahan masa dari sesaat ke minit, seminit ke sejam, sejam ke sehari, sehari ke seminggu, seminggu ke sebulan, sebulan ke setahun, setahun ke sedekad, sedekad ke seabad...
Perubahan cuaca dari cerah ke mendung, mendung ke hujan, hujan ke cerah...
Perubahan musim dari panas ke bunga, bunga ke luruh, luruh ke salji, salji ke panas...

Perubahan berlaku di sekeliling...
Tiada yang menghirau selagi mata belum terbuka seluas-luasnya...
Baru mereka sedar kehadirannya...

Manusia juga sebegitu rupa...

Dari baik kepada buruk...
Dari buruk kepada baik...

Dari celik kepada buta...
Dari buta kepada celik...

Dari kawan kepada musuh...
Dari musuh kepada kawan...

Dari bijak kepada jahil...
Dari jahil kepada bijak...

Dari kaya kepada miskin...
Dari miskin kepada kaya...

Dari pemurah kepada kedekut...
Dari kedekut kepada pemurah...

Tidak terkata banyaknya perubahan sampaikan ingin diluahkan tidak terdaya...
Kalau boleh diungkapkan melalui akal fikiran dan juga hati...
Tidak sanggup untuk menerimanya...
Bahkan tak terhadam dibuatnya...

Sampai masa...
Ia akan tiba...
Laluinya...
Bukan mengelaknya...

Menimbang Rasa...

Apakah yang ku berikan...
Tanda aku setia memujamu...
Padaku lain tiada hanya...
Cuma lara sang pemikat cinta...

Tiadakah di hatimu...
Bertempat sudi menimbang rasa...
Menimbang sayang hasrat asmara...
Gayamu manis jelita...

Andai kata engkau pun tahu...
Bagaimana hatiku sekarang...
Rindu selalu melandai jiwa...
Hingga kasih sayang ku terbuang...

Tetapi kau tak mengerti...
Bagaimanakah jadinya nanti...
Merindu sepanjang hari...
Tak kekal dan abadi...

LiHaT La LaGi...