JoM LiHaT

FrEnZz...

Berfikiran Sejenak Tika Menyedut Vape...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Apa khabar semua? Sihat??
Lama sudah teman tidak bernukilan lagi2 di waktu petang ini yang lagi mengantuk dan malas nak mampus.

Buat apa harini? Tak pergi dating dengan insan aneh serba complicated (read: makwe) dan manusia yang memang tak memahami (read: pakwe) ? Ke masih belum decide nak keluar dating ke tak memandangkan asyik bercanggah pendapat nak pergi mana. Dedua pesen complicated gamaknya.

Yang perempuan memang sejak nafas pertama lahir atas dunia susah nak difahami. Yang lelaki malas nak cuba faham. Tak kuasa katanya. Perempuan ni manusia aneh. Kenapa? Dia pun tak boleh nak faham diri dia, tapi dia sibuk mengamuk bila lelaki tak faham dia. Tu belum masuk bab dia merajuk takpe, lelaki merajuk dia kutuk. Dasar perempuan.

Tu yang isu kejap nak lelaki tunjuk dia ke public, kejap elok tak menunjuk kat orang, kejap bila tak tunjuk maknanya lelaki tak hargai. Entah dia lupa apa yang dia cakap ke, entah dia pun tak tahu apa yang dia nak ke, aku pun tak faham.

Kalau masa gaduh jangan cakaplah. Jangan mimpi kau nak menang. Perempuan ni ada talent yang boleh buat lelaki mengalah dengan dia. Kadang lelaki tu mengalah bukan sebab kalah, malas nak layan sebenarnya. Gaduh dengan perempuan ni kadang macam gaduh dengan dinding. Sebab perempuan ni nampak je lembut, tapi dia punya keras macam batu. Tahu? Sebab tu lelaki kat luar tinggi mana pun pangkat dia, balik rumah silap haribulan dia yang masak kemas rumah kejap lagi. Hahahaha. Yang marah pun dia, yang menangis pun dia jugak karang. Yang tadah telinga steady hisap rokok main game.

Perempuan ni kau kena ikut rentak dia, tapi jangan melayan sangat. Kang dengan dia tah kemana, dengan kau sekali hanyut sama. Sebab tu lelaki diciptakan untuk memimpin. Perempuan kuat mental dan hati tapi selalu kalah dengan emosi.

Lelaki punya sifat sambil lewa yang selalu disalah tafsir oleh perempuan. Tapi sebenarnya dia ambil tahu dalam diam. Takkan lah dia nak merengek semedang macam perempuan. Kang pempuan kata lembik pulak. Pempuan kan kuat komplen.

Perempuan tak boleh lah semua benda nak hempuk kat lelaki. Kekadang kena sedar diri. Jangan nak gunakan alasan perempuan sangat. Perempuan akan rasa diri diorang sentiasa betul terutama bila dia duduk dalam kalangan yang sentiasa menyalahkan lelaki. Tak realistik.

Nak kira awak punya sakit. Yang lelaki duk nak tanggung dosa awak sampai akhirat sana tu apa cite pulak. Ada orang lelaki bising? Tulah dia perempuan, suka guna kelemahan dia sebagai perempuan untuk membenarkan kesilapan. Mintak lelaki adil, tapi dia sendiri tak adil.

Sampai situ teman bernukilan. Lebih2 nanti plak orang kata berat sebelah la, anti-perempuan la, apalah... Jadi amik ni sebagai tips atau hint kepada yang diluar sana. Tak boleh terima, tak mengapa. Teman tak paksa suruh muat naik kat kepala pun. Hehehehehe.....

Saraba!!!

Khayal Khayalan



Bahaya sedang menunggumu.....

Di sebalik awan kelabu...
Berpaling wajah satu persatu...
Terjalin hubungan oh dunia tanpa bicara...
Gelora asrama...

Rembulan jatuh kita berlari...
Mengejar onak ranjau berduri...
Di waktu malam mawar keluar entah di mana??
Angkara siapa???

Jangan diganggu milikku...
Hanya dia yang ku suka...
Usah dirayu hatimu...
Kerana bencana kan menimpa...

Bahaya sedang menunggumu...
Dalam dakapanku...
Sedang menunggumu...
Khayal khayalanku.....

LiHaT La LaGi...