JoM LiHaT

FrEnZz...

Sesungguhnya.....

Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah lagi hina .
Aku pernah sering kali melakukan dosa walaupun sebesar zarah sekalipun .

Sesungguhnya aku adalah insan yang mempunyai hati yang gelap dan keras .
Aku pernah meninggalkan kewajipan aku sebagai seorang Muslim.

Sesungguhnya aku adalah insan yang kurang sempurna .
Aku pernah melakukan kemungkaran untuk diri ku .

Akan tetapi...
Kini...

Sesungguhnya aku sangat bersyukur kehadrat Illahi .
Dengan limpah kurnia-Nya, aku dapat bernafas sehingga kini .

Sesungguhnya perubahan aku adalah lambat dari segi jangka masa dan usia .
Akan tetapi perubahan itu amat bermakna bagi ku .

Masa lepas dan masa silam yang pahit...
Telahku simpan di dalam kotak otakku ini untuk dijadikan pengajaran .

Masa lepas dan masa silam yang manis...
Telahku bingkaikan untuk dijadikan memori untuk dijadikan renungan dan pedoman .

Sesungguhnya aku amat bersyukur .
Aku dapat hidup di dalam dunia ini .

Sesungguhnya aku pernah di uji Allah dalam kehidupan ku ini .
Walaupun ujian itu amat berat sekali untukku memikulnya bebannya .
Dengan tabah dan kesabaran, aku menerimanya .
Seseungguhnya ujian-Nya itu mempunyai hikmah disebaliknya .

Kini...
Aku sedar...

Perubahan yang berlaku bukanlah dari diri sendiri sahaja .
Malah, dari berkat Allah ada yang memberi sokongan dalam perubahan hidupku ini .
Sesungguhnya Allah mengujiku lagi dengan pelbagai rintangan .
Akan tetapi aku hadapi dengan sabar dan hati yang tenang .
Sesungguhnya Allah menguji hamba-hamba-Nya itu kerana Allah mahu melihat sejauh mana keimanan kita kepada-Nya.

Sesungguhnya ujian Allah lepas ini adalah ajal .
Akanku terima dengan rela hati, hati yang tenang dan terbuka .
Kerana aku tidak mahu kembali kepada aku yang dulu .

Kepada ibubapaku, keluargaku, rakan-rakanku, guru-guruku, dan terlibat dengan diriku .
Aku memohon seribu kemaafan dengan hati yang ikhlas .
Jika pemergianku adalah sesuatu yang membahagiakanmu, tidak mengapa. Kerana kamu berhak berbuat demikian .
Jika pemergianku adalah sesuatu yang menyedihkan, janganlah sekali dikenang kerana ia akan hilang ditelan zaman .

No comments:

Post a Comment

LiHaT La LaGi...