JoM LiHaT

FrEnZz...

Terciptanya Lagu Untuk Aku, Kamu & Kita....


Dengan ini, aku menciptakan lagu untuk aku, kamu dan kita...

Lagu yang ku tulis terhasil dari lubuk hati ku...

Dengan harapan kamu dapat mendengarnya walaupun laguku itu tidak seindah pelangi mahupun mentari terbit...

Lagu yang ku dendangkan ini hanya dapat diamati oleh kamu seorang sahaja walaupun berjuta yang mendengar...

Walaupun berjauhan, dengan harapan dan keyakinan lagu yang ku cipta ini dapat sampai ke telingamu dan turun ke hati mu...

Aku hanya layak mencipta lagu ini untukmu seorang sahaja... Yang bertakhta di hati ini...

Aku ingin kamu tahu bahawa lagu ini terselit dengan hatiku yang penuh dengan rasa cinta agar engkau dapat menerimanya dengan hati yang ikhlas...

Walaupun jangkaan ku tidak lama, aku mahu engkau tahu bahawa hati ini akan tetap kekal selamanya walaupun jasad dimamah bumi...

Lagu yang akan ku sembahkan di pentas dunia, tidak lain dan tidak bukan tiruan...

Malahan hasil nurkilan hati yang ikhlas....

Sekian~~~

No comments:

Post a Comment

LiHaT La LaGi...