JoM LiHaT

FrEnZz...

Kebenaran...


Assalamualaikum.

Sebelum berlaku apa2, timbul spekulasi apa2 ataupun konklusi apa2, biar aku yang terangkan dahulu sebelum ia menular.

Baiklah. Jika ada sesiapa yang terasa atau berkecil hati mengenai nurkilan blog aku yang aku post pada hari Sabtu malam Ahad yang lepas, aku memohon maaf sangat2 atas perlakuan tersebut.

Ini kerana nurkilan tersebut adalah untuk segelintir individu lain akan tetapi segelintir individu lain pula yang terasa akan nurkilan tersebut.

Aku bukan apa tapi bila aku terlihat beberapa status hamba Allah ini yang bukan dimaksudkan itu, ada yang berhubungkait dengan nurkilan aku. Jadi, tak sedaplah bila dilihatnya. Jadi aku ada tanya juga dengan beberapa hamba Allah ini secara "privately".

Hamba Allah yang pertama ini menyatakan bahawa beliau tidak tahu-menahu tentang nurkilan aku dan menyatakan jika hampir sama, ia mungkin suratan atau kebetulan. Hamba Allah yang kedua ini pula menyatakan beliau tak mahu komen apa2 dan menyuruh aku bertanya sendiri kepada mereka dan berharap lepas aku tahu perkara tersebut, aku akan berubah.

Aku dulu pernah berkata, "Kalau ada apa2 masalah yang berlaku kepada diriku, silalah nyatakan secara terang2an ataupun secara "privately". Jangan simpankan perkara tersebut." Aku tak mahu perkara tidak puas hati berlaku.

Akhir kata, aku Khairi Azri bin Kassim memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Sekian terima kasih.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

LiHaT La LaGi...