JoM LiHaT

FrEnZz...

Fikiran Sejenak, Membuka Minda...

Kadang-kadang, aku berfikir sejenak dan merasakan diri ku TERSANGAT-SANGATLAH MALU dan SEDIH yang dianggap sebagai orang Semenanjung...

Kerana apa??
Setiap kali aku membuka tatapan Facebook ku, sering kali terlihat cemuhan, makian, cacian atau seumpamanya ke atas penduduk Borneo iaitu Sarawak dan Sabah yang sering kali telah disiarkan dan disebarkan oleh orang yang berada di Semenanjung yang mempunyai akal yang cetek lagi rendah malahan ada yang lebih hina. Kebabian apakah ini???

Ada juga kadang-kala sebilangan sahabat-sahabat ku di Semenanjung yang mempunyai akal yang cetek dan umpama katak di bawah tempurung bertanya, "Eh, ko kat sne xbelajar menyumpit ke??" atau "Kat sne ko x tinggal atas pokok kn?" atau lain-lain yang boleh membangkitkan sentimen-sentimen negatif ke atas penduduk Borneo. Ada juga sebilangan sengaja ingin memecah-belahkan kaum-kaum mahupun etnik-etnik di sini dengan memaparkan isu-isu palsu dalam bentuk propaganda status Facebook oleh kerana EGO EKSENTRIK yang sebesar alam semesta di kepala mereka dan merasakan kaum-kaum "mereka" lebih hebat, bijaksana dan bertamadun. Oleh dek kerana propaganda-propaganda palsu lagi bodoh itu, pandangan serong malah tidak memandang sebelah mata sekalipun ke atas ingin tahu yang sebenar-benarnya penduduk Borneo di sini. Kaum-kaum "mereka" hanya mempelajari dari buku teks dan risalah-risalah yang hanya mereka pandang sepintas lalu sahaja. Bukan untuk mengenali lebih dekat tentang orangnya, etniknya, adat resamnya dan yang lain-lain untuk mengetahui sesebuah komuniti yang berbilang kaum dan etnik yang kurang adanya di Semenanjung. Sekiranya ada yang ke sini, mereka mencipta puak-puak mereka malah lebih teruk lagi berkroni.

Ya. Aku adalah anak jati Johor yang lahir di Johor Bahru dan sekarang menetap di Sarawak. Aku adalah sebahagian darah anak Jawa, Arab, dan Terengganu. Sejak aku menjejakkan kaki di sini, aku tahu yang aku akan tidak akan terlepas mempelajari dan mengenali tempat ini tidak kira bangsa, kaum, etnik, warna kulit mahupun agama.

Renung-renungkanlah... Tiada guna sebut anda di Malaysia kalau sekadar berbicara kosong yang penuh dengan angin dan bau busuk mulut oleh kerana masih ada sifat perkauman dalam diri dan hati.

No comments:

Post a Comment

LiHaT La LaGi...