JoM LiHaT

FrEnZz...

Kebenaran...


Assalamualaikum.

Sebelum berlaku apa2, timbul spekulasi apa2 ataupun konklusi apa2, biar aku yang terangkan dahulu sebelum ia menular.

Baiklah. Jika ada sesiapa yang terasa atau berkecil hati mengenai nurkilan blog aku yang aku post pada hari Sabtu malam Ahad yang lepas, aku memohon maaf sangat2 atas perlakuan tersebut.

Ini kerana nurkilan tersebut adalah untuk segelintir individu lain akan tetapi segelintir individu lain pula yang terasa akan nurkilan tersebut.

Aku bukan apa tapi bila aku terlihat beberapa status hamba Allah ini yang bukan dimaksudkan itu, ada yang berhubungkait dengan nurkilan aku. Jadi, tak sedaplah bila dilihatnya. Jadi aku ada tanya juga dengan beberapa hamba Allah ini secara "privately".

Hamba Allah yang pertama ini menyatakan bahawa beliau tidak tahu-menahu tentang nurkilan aku dan menyatakan jika hampir sama, ia mungkin suratan atau kebetulan. Hamba Allah yang kedua ini pula menyatakan beliau tak mahu komen apa2 dan menyuruh aku bertanya sendiri kepada mereka dan berharap lepas aku tahu perkara tersebut, aku akan berubah.

Aku dulu pernah berkata, "Kalau ada apa2 masalah yang berlaku kepada diriku, silalah nyatakan secara terang2an ataupun secara "privately". Jangan simpankan perkara tersebut." Aku tak mahu perkara tidak puas hati berlaku.

Akhir kata, aku Khairi Azri bin Kassim memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Sekian terima kasih.

Assalamualaikum.

Andai Ku Bercinta Lagi...



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu rasaku mati

Penat, Lelah dan Letih...



Penat...


Aku berasa penat...


Aku merasakan kepenatan...


Penat? Lelah?? Letih???


Mengapa aku penat? Kenapa aku penat?? Bagaimana aku boleh penat???


Aku penat melayan kerenah manusia...


Aku lelah melayan perasaan manusia...


Aku letih melayan sikap manusia...


Tidak mengapalah jikalau melayan kerenah, perasaan atau sikap anak-anak kecil...


Tapi ini manusia-manusia yang sudah akil baligh...


Manusia-manusia yang cukup waras akal fikiran...


Manusia-manusia yang boleh dikatakan berkebolehan untuk membezakan yang baik dan yang buruk...


Aku menjadi tertekan... Tekanan...


Adakah aku patut melayan semua itu sedangkan aku sendiri tidak terlayan?

Hanya dengan mementingkan diri sendiri, mereka yang bergelar manusia menjadi lupa dan alpa...



Mereka hanya tahu memuaskan hati sendiri, keegoan yang terlampau, konspirasi bangsat menakluki diri...


Adakah mereka perasan, berperasaan atau terlintas untuk melayan kerenah, perasaan atau sikap manusia yang melayan kerenah, perasaan atau sikap mereka?


Adakah mereka tahu semua itu? Ataupun mereka berpura-pura tidak tahu?


Ego yang melanda diri mereka membuat mereka bangga dengan pencapaian, kebolehan, kemudahan atau kemewahan pada diri mereka...


Mereka terlalu taksub dengan semua itu sampaikan diri mereka lupa akan orang yang membangunkan mereka dari bawah.


Orang tua pernah berkata, "Persetankan orang yang kita hendak bantu."


Pada mulanya aku tidak percaya akan kata-kata tersebut...


Tapi aku mula sedar... Mata ku terbuka luas... Aku lihat segalanya yang tersurat mahupun yang tersirat...


Aku sedar diri aku ini siapa... Aku sedar tempat aku dimana...


Kerana menjaga perasaan dan kerenah orang lain, diri yang menjaga perasaan dan kerenah tersebut menjadi sial, bangsat, hina malahan macam sampah dibuatnya...


Aku tahu aku tidak kaya... Aku tahu aku tidak dilimpahkan kemewahan... Aku tahu aku tidak mendapat pencapaian yang tinggi...


Tapi aku sedar... Aku boleh membalas balik tapi aku berfikir sejenak...


Adakah aku perlu berbuat begitu? Patutkah aku berbuat begitu?

Aku rasa tidak bermanfaat untuk aku lakukan semua itu...



Buat apa aku ingin berbuat begitu sedangkan satu hari nanti diri aku ini akan ditimpa perasaan iri hati, perasaan hasad dengki mahupun cemburu akan pencapaian aku kecapi...


Jikalau ada mereka yang terasa dengan kata-kata, luahan-luahan, dan ayat-ayat ini, silalah terasa dan sedar diri kita ini di mana kita berada...


Kita ini ada di dunia yang sama cuma membezakan kehidupan itu sendiri...


Pada akhirnya, kita akan mati dan dikebumikan di atas bumi yang sama...



LiHaT La LaGi...