JoM LiHaT

FrEnZz...

Info Semasa IPG : I

Selamat Sejahtera,Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia.
Makluman ini adalah untuk semua Mahasiswa Pendidik,JPP dan semua Warga IPGM.
Pertamanya, Alhamdulilah sesi perbincangan antara pihak KPM bersama guru pelatih semester 8 dan JPP di IPG KKB berlangsung dengan jayanya pagi tadi (5/9/2012).
Banyak feedback dan makluman terbaharu yang telah diperolehi sepanjang sesi berkaitan Sistem Pengambilan Guru secara terbuka.
Majoriti tidak bersetuju dengan perkembangan ini.
Namun demikian, mahu tidak mahu sistem ini tetap akan dilaksanakan.
Cuma cepat atau lambat sahaja.Pegawai KPM tadi beritahu sekiranya menteri mahu laksanakan sistem ini pada tahun 2013 misalnya, ia semudah memetik suis dan dasar ini akan terus dilaksanakan walaupun dalam Pelan Strategik Interim mengatakan tahun 2017 baru nak laksana.
Dan itu menjadi kegusaran saya dan kita semua. Maka kami di IPG KKB telah mencadangkan beberapa cadangan, iaitu :

1) Guru yang keluar dari sistem di IPG diisytiharkan layak memohon dalam perjawatan awam yang lain dan bukan sekadar mengajar di sekolah sahaja. Hal ini kerana kita sekarang Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan bukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sepertimana di IPT. Sarjana Muda Pendidikan layak memohon dalam sistem perjawatan yang lain,maka mahasiswa IPG juga perlu diberi peluang yang sama.

2) Peluang guru lepasan IPG untuk mengajar bukan sahaja di sekolah rendah malah turut diberi peluang mengajar di sekolah menengah

3) Cadangan untuk pelajar yang mendapat CGPA 3.8 ke atas diserap atau menyambung pengajian di peringkat master(Skim Pensyarah Muda yang lebih luas) untuk mengelakkan lambakan guru.Maka guru yang memperoleh CGPA 3.8 ke bawah akan mempunyai ruang untuk menjadi guru.

4) Selaraskan sistem kurikulum, kod etika pakaian,silibus, pelaksanaan PBS, Praktikum, Internship, Bina Insan Guru(BIG) dan silibus pedagogi di antara IPG dan IPT berdasarkan model IPG untuk mewujudkan roh dan semangat seorang guru. Juga selaraskan sistem kelas iaitu tidak mass lecture dan sebaiknya guna sistem kelas 20 pelajar : 1 pensyarah bagi membolehkan dapatan ilmu dalam kalangan student lebih baik dan berkesan.

5) Wujudkan juga bidang alternatif dan bukan pengkhususan seperti sekarang. Sebagai contoh di UPSI, walaupun mengambil Bahasa Melayu namun graduan ada bidang alternatif seperti kaunseling (contoh).Maka dengan adanya bidang alternatif ini, guru pelatih yang tidak mendapat peluang dalam sistem pendidikan masih mempunyai tempat untuk dituju.

6) Cadangan Sistem Pemarkahan yang selaras dengan mewujudkan Unit Peperiksaan Berpusat(UPP) bukan sahaja di peringkat IPG malah IPT yang terlibat dalam ijazah ini supaya dengan ada satu sistem yang sama barulah kita tahu mana yang terbaik.

7) Mewujudkan satu Badan yang bertindak untuk mengesahkan guru.Sebagai contoh Bar Council (Majlis Peguam) untuk para peguam .Dengan hanya ada lantikan daripada Bar Council barulah pengamal undang-undang dapat meneruskan aktiviti /kerja di dalam bidang perundangan.Maka dengan adanya satu badan khas ini, guru yang betul-betul melepasi spesifikasi seorang guru sahaja akan mendapat peluang tersebut.

Mewujudkan anugerah-anugerah khas seperti Anugerah Dekan seperti di universiti untuk memotivasikan guru pelatih sepertimana di IPT.

9) Menambah kualiti, infrastruktur dan kepakaran pensyarah serta segenap aspek di IPG untuk meningkatkan kualiti dalam pendidikan di IPG itu sendiri.

10) Bukan menilai kepada CGPA sahaja untuk melantik seorang guru.Perlu ada satu sistem yang lebih holistik seperti sistem permarkahan dalam kokurikulum seperti di sekolah rendah dan sekolah menengah yang pernah kita lalui ,serta penilaian NILAI (sikap) ,Sistem Teaching Test (penilaian secara terus dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebenar yang akan dinilai terus oleh guru lain,pentadbir dan panel sendiri.


Kita juga bertanyakan tentang :

a) Kenapa KPM masih ambil GSTT dan DPLI walaupun sekarang guru pelatih PISMP dah ramai?

b) Kenapa ada kewujudan Kirby College,Segi College yang merupakan IPG swasta yang mengakibatkan lebihan guru pelatih? Menurut Pengarah IPGKB, di IPGK bajet hanyalah Rm3000 per head setahun untuk program-program dan sebagainya sedangkan di IPG Swasta mejangkau sehingga RM25000 per head setahun?

c) Rasional Teach for Malaysia? (rujuk Pelan Strategik Interim)

d) Kenapa nak ambil graduan IPT walaupun pelajar IPG yang telah posting (2 batch) menunjukkan kemahiran yang lebih baik dari segi pedagogi, ilmu keguruan dan sebagainya.


Berikut pula syarat asas yang telah kami bincangkan dan cadangkan :
Syarat Asas :

Warganegara

Sihat Fizikal dan Mental

Tidak Pernah Terlibat dalam Jenayah

Mendapat CGPA 3.0 (minimum) untuk layak memohon

Syarat Tambahan
Pernah melaksanakan Praktikal sekurang-kurangnya 7bulan (IPG -6 Bulan Praktikum dan 1 Internship) untuk layak memohon .

Menduduki Ujian Penilaian Nilai /Sahsiah (mendapat gred 8-10 daripada skala 1-10 sahaja boleh dilantik)

Juga aktif dalam kegiatan di IPG (kelab-kelab,persatuan-persatuan dan JPP) sebagai nilai tambah untuk dipilih.

Akan Melalui Teaching Test .Jika lulus ,barulah boleh dilantik (ini akan menimbulkan kesukaran bagi pelajar ISMP di IPTA dan IPTA untuk compete sedangkan kita lebih banyak ruang dan peluang untuk perform sebab kita pernah mengajar di sekolah (PBS,Praktikum dan sebagainya.

Kepada mana-mana IPG yang akan menerima kunjungan pihak KPM selepas ini.. Mungkin cadangan-cadangan yang telah diutarakan ini baik dan mungkin tidak. Namun, sekiranya baik, bolehlah diutarakan lagi kepada pihak KPM supaya mereka nampak dan sedar bahawa mahasiswa pendidik IPG bersatu fikiran dan idea demi kelangsungan profesion keguruan yang bakal kita sertai nanti. Bak kata wakil KPM itu tadi, cadangkan dan berikan idea-idea yang terbaik untuk penambahbaikan dasar ini kerana ia akan memberi effect kepada semua bakal guru yang belajar di IPG kerana kita berada dalam bakul yang sama. Jika baik bolehlah ambil dan jika tidak, hiraukan sahaja. Hanya berniat untuk bersama-sama membantu antara satu sama lain.

(Semua cadangan ini adalah hasil dapatan daripada wakil semester 8 IPGKKB, JPP IPGKKB dan hasil mesyuarat JPP IPG Zon Timur (IPGKKB, IPGKSM, IPGKDRI n IPGKTAA) yang telah berbincang sebelum ini di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut.)

Maka sekarang pelajar IPG KKB,kita semua perlu bangkit dan tingkatkan usaha mulai sekarang kerana sistem ini amat mencabar kita kelak.Harap semua bersiap sedia dan doakan yang terbaik buat kita semua,mugnkin cdgn2 bukan yang terbaik namun ini yg kmi dapat smpaikan.Boleh juga maklumkn sahabt2 di IPG lain sebagai persiapan untuk menghadapi Pihak KPM selepas ini .Hal in ink tunjukkan mahasiswa pendidik mempunyai kesatuan fikiran dan idea yang sama untuk menjaga kebajikan kita sebagai pelajar IPG supaya kita dapat diberikan keistimewaan untuk mengajar kelak.Ayuh Bangkit sahabt-sahabt ku dan adik-adik sekalian,bersama kita usahakan kecemerlangan buat diri dan tunjukkan kepada semua Graduan IPG adalah yang terbaik…Insyallah.Doakan Kecemerlangan kita bersama dan Hak kita masih ada ,itu harapan kita semua.Tingkatkan ilmu dan pengalaman serta kemahiran lain dan sertai lah kelab-kelab dan persatuan yang ada untuk menambah kemahiran diri dan kemahiran bernilai tambah dalam diri kita untuk kelestarian dan kejayaan kita kelak.Amin


Berkhidmat untuk semua :

YDP JPP IPGKKB
JPP Legasi Pembangunan Modal Insan
1Nada 1Hasrat 1Tujuan

3 comments:

  1. Whhhoooaaaaa!!! I like this! will repost this at http://akudariipgks.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. yeap, we shud get the best...sebab kita dah habis kan masa 5tahun setengah di ipg when that whole year we could achieve more. kan? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tp kita warga IPG skrg berada di dalam saat genting.. normal la kalo kta bersaing... tp achievement kta lg bgus sbb kita di beri elaun sedangkan IPTA/IPTS yg len dpt pinjaman.. jd kte kna guna sume keistimewaan tersebut utk berjaya...

      Delete

LiHaT La LaGi...