JoM LiHaT

FrEnZz...

Info Semasa IPG : II

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PELAJARAN
PELANTIKAN GRADUAN PENDIDIKAN

SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Kerajaan telah memutuskan untuk memberikan penempatan kepada graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Pendidikan) yang telah dan akan menamatkan pengajian bagi tahun 2012.

Keputusan ini telah diambil setelah mengambil kira secara terperinci keperluan guru dalam jangka panjang seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelantikan adalah tertakluk kepada mereka memenuhi syarat skim perkhidmatan PPPS, telah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan berjaya dalam temuduga yang dikendalikan oleh SPP.

Sehubungan ini, graduan pendidikan keluaran IPGM dan IPTA pendidikan yang menamatkan pengajian pada tahun 2012 akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Mengikut rekod Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), seramai 10,715 penuntut program pendidikan telah dan akan menamatkan pengajian mereka pada tahun 2012.

Seramai 2,960 orang graduan yang dikenalpasti telah menamatkan pengajian mereka sebelum 1 Julai 2012 telah dijadualkan untuk ditemuduga oleh SPP seperti berikut:

(a) 2,478 orang daripada program J-Qaf;
(b) 368 orang daripada program TESL;
(c) 90 orang daripada program KPLI IPGM dan IPTA, termasuk mereka daripada Program Pelajar Cemerlang (PPC);
(d) 14 orang daripada program Bahasa Perancis; dan
(d) 10 orang calon mengulang temuduga berdasarkan keperluan opsyen.

Sementara SPP menyelesaikan urusan temuduga, KPM akan membuat penempatan secara interim bagi kumpulan ini mulai 16 Oktober 2012. Pelantikan tetap adalah tertakluk kepada keputusan temuduga oleh SPP.

Bagi kumpulan yang akan menamatkan pengajian mereka selepas Jun 2012 iaitu seramai 7,755 orang, mereka perlu mengemukakan permohonan untuk pelantikan ke jawatan PPPS Gred DG41 kepada SPP supaya penjadualan temuduga dapat disegerakan. Penempatan mereka yang lulus temuduga SPP akan dibuat pada tahun 2013.

Kepada mereka yang berjaya dan akan dilantik sebagai pendidik kelak, berkhidmatlah dengan jujur dan dengan penuh dedikasi.

Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya

4 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment

LiHaT La LaGi...