JoM LiHaT

FrEnZz...

Renungan bersama... InsyAllah....


Assalamualaikum...

Jadi manusia biarlah bijak dalam keadaan sekeliling. Janganlah menjadi bongkak dan kurang bijak.

Menjaga keaiban itu memanglah bagus tapi biarlah berpada-pada pada tempat dan keadaan semasa.
Sekarang ini, bila sudah terhantuk, baru nak terngadah. Lambat-laun orang akan tahu juga keadaan sebenar.

Lagi pun, manusia ini ada otak dan akal untuk berfikir jadi mereka akan membuat kesimpulannya sendiri.
Lebih baik berterus terang daripada menyembunyikannya sebab orang akan menganggap yang lebih buruk.

Kita bersaudara walaupun tidak dari segi pertalian darah mahupun kekeluargaan tapi kita ini saudara se-Islam.

Mestilah saling bantu-membantu antara satu sama lain. Kita manusia juga. Tidak ada yang sempurna pun.

Yang menyempurnakan kita hanyalah amalan. Bukan taraf, kategori mahupun pangkat. Nanti dah mati, dekat tanah juga kita pergi.

Keegoan itu yang membuat kita menjadi gah dengan keadaan ini. Tepuk dada, tanya selera. Ada mata, buka besar-besar. Jangan fikir jangka masa pendek tapi fikir jangka masa panjang. Luaskan pemikiran, buka minda, positifkan akal dan bertawakal keredhaan.

Apalah taraf dan tahap saya ini nak nasihatkan orang. Bukan nak kata apalah, saya ini nak bagi nasihat pun tak mampu. Sebab apa?? Sebab benda yang saya nasihat itu akan terpalit ke muka sendiri. Bak kata pepatah, "Cakap tak serupa bikin.." Tapi saya belajar dari pengalaman bukannya dari buku mahupun kitab. Jadi kita dapat melihat sendiri secara praktik tanpa menggunakan teori.

Renung-renungkanlah sendiri.... Sekian, Wasalam....

2 comments:

  1. ‎"Jauhilah prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling dusta. Janganlah kalian saling mengintip kesilapan orang lain dan janganlah kalian saling mencari kesalahan orang lain, dan jangan saling membenci. Tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara" (Sahih Muslim)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas respond anda...
      Bukan maksud saya untuk membenci mahupun berprasangka..
      Akan tetapi ingin menyedarkan masyarakat sekeliling, membuka mata mereka dan menajamkan minda bahawa keputusan janganlah diambil untuk jangka masa yang pendek tapi dalam jangka masa yang panjang.
      Ingin mereka melihat akan kesedaran jika ini berlaku lagi. Bukan untuk memburukkan atau menyalahkan mereka tapi menilai sesuatu itu dari sudut orang lain yang masih kurang faham.
      Jangan disebabkan tiada hubungan atau pertalian apa-apa akan tetapi kita harus sedar bahawa manusia takkan pernah lekang dari sifat ego.
      Kita manusia ini tidaklah sempurna dan mempunyai cacat cela akan tetapi dapat mengubah diri untuk lebih baik supaya mereka dapat menghubungkan diri mereka dengan Allah.
      *Jika anda orang yang jujur, tunjukkanlah diri dan tidak perlulah bersembunyi disebalik wajah Anonymous. Kalau anda adalah orang yang benar, tidak perlulah menyembunyikan diri. Berani kerana benar. InsyAllah...

      Delete

LiHaT La LaGi...