JoM LiHaT

FrEnZz...

Ramadhan Al-Mubarak...


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia...

Baiklah. Memandangkan bulan puasa dah nak dekat nie, sy buat entry yg pendek utk kali nie.
Saya, Khairi Azri bin Kassim selaku Editor ingin mengucapkan Salam Al-Mubarak bagi warga yg beragama Islam di seluruh dunia. Tidak lupa juga dgn family, sahabat handai, rakan2 yg mengenali dan para2 blogger sekalian.
Jadikan bulan yg penuh barakah nie bulan yg penuh b'makna bagi semua. Kat sini sy akan selitkan sedikit info tentang bulan puasa.

Bulan Ramadhan atau lebih dikenali sebagai bulan Rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka. Syukur kita tak terhingga kepada ALLAH SWT kerana masih memilih kita bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui bulan Ramadhan. Adalah lebih baik kita memulakan bulan Ramadhan dengan memohon maaf kepada ibubapa, suami kepada isteri, isteri kepada suami, jiran-jiran, kaum keluarga, sahabat dan musuh kita.

Setelah anak bulan puasa kelihatan marilah kita berazam supaya Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya kerana belum tentu Ramadhan tahun depan kita diberi peluang untuk bertemu.

Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :


>Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
>Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
>Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
>Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untuk khatam Al Quran.
>Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
>Basahkan lidah dengan zikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
>Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
>Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
>Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
>Banyakkan bersedekah.
>Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
>Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
>Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
>Dan jangan terlupa zakat fitrah.


Semoga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka tahun ini akan menjadi madrasah realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hambah ALLAH SWT yang lebih baik untuk persediaan alam kubur dan akhirat yang entah macam mana bahagiannya untuk kita.

Akhir kata dari sy, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh rasa senang hati. InsyAllah semoga diberkati. Assalamualaikum... =)

No comments:

Post a Comment

LiHaT La LaGi...